Friday 13 July 2012

Program motivasi sentuhan jiwa.

'Ibuuuuu, Esok cikgu suruh datang sekolah'
'Nak buat apa?'
'Dengar ceramah'

Ibu diam tanpa jawapan. Mungkin ibu setuju untuk datang ke sekolah aku esok. Hati aku rasa berbunga bunga. Sebab kalau ada program ke apa ke. Ibu tak pernah datang. Abah je yang selalu datang.

'Along bangun'

Hanya dua perkataan itu yang aku dengar dari ibu. Yea. Dah pagi. Dah sampai masanya untuk aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Mengantuk ni tak boleh tahan langsung. Mengantuk gile doh. Tapi, takpe. Demi program itu aku rela. Cey.

'Nak pakai baju kurung ke seluar?'

Aku diam tanpa memberi jawapan kepada ibu. Aku cari, di mana ibu letak baju sekolah aku. Mungkin di dalam mesen lagi. Aku membuka mesen. Yea. Ini baju sekolah aku. Nak iron baju sekolah lagi. Mesti lambat. Ibu membebel tanpa henti. Asyik suruh cepat je. Kononnye takut tak sempat parking.

Bila samapai je dekat sekolah. Wow. Hancur berkecai hati aku bila lihat takde orang pun lagi yang datang. Ktape aku tunggu dalam kereta dengan ibu.

'Haaaa, Itu naaaa'
'Na mane? '
'Nabihah'

K aku keluar dengan keadaan tidak sabar leni. Naknye jumpenye nanye. Kdah. Bila jumpe je na kan, haaa mula lah aku ni dengan cerita itu lah ini lah. Macam macam. Na pun macam tu jugak. Oh well, Biasa lah sarapan aku diwaktu aku ialah bertukar cerita dengan kawan baik aku. Bukan mengumpat okay.

Ibu keseorangan. Ibu takde kawan. Kesian ibu. Aku terpakse berpisah dengan ibu. Ibu duduk dekat bahagian ibu dan bapa. Aku pulak dibahagian pelajar.

Hari ini hari jumaat. Hari kelmarin khamis. Kemarin lagi rabu. kemarin lagi selasa. kemarin lagi isnin. kemarin lagi ahad. Penceramah itu tanye.....

'Siapa yang tak pernah tinggal solat dalam masa seminggu ini, bermula dari hari ahad hari itu? Yang sembahyang penuh sila duduk. Dan yang tak penuh sila berdiri'
'Siapa yang tipu, exam dia tidak akan ada A. malah satupun tiada yang lulus' Itu yang penceramah itu doakan. Jadi... Aku takut untuk menipu. Aku jujur. Aku pernah tinggal sembahyang. Jadi aku berdiri. Malu bila dilihat oleh ibu aku sendiri.

Sungguh tersentuh hati dengan semua kata kata penceramah itu. Banyaknya dosa aku terhadap ibu. Penceramah itu bertanya lagi....

'Banyak tak dosa awak dekat ibu dan bapa awak?'
'Banyaaaaaaaaaaaaakkkk' Jawapan yang dijawap oleh semua pelajar.
'Banyak tak awak menipu mak ayah awak?'
'Banyaaaaaaaaaaaaaaakkk'
'Saya mintak awak mintak maaf dengan ibu dan bapa awak selepas ini, boleh tak?'
'Boleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehh'
'Kalau boleh, saya nak awak mintak maaf dengan ibu dan bapa awak didepan mata saya. Sesiapa ibu yang datang, peluklah ibu awak'

Sungguh, kaki aku kaku untuk berjalan. Aku tidak mampu untuk berjalan. Aku malu untuk berjalan menuju ke arah ibu. Tolong jangan paksa aku.
 
'Zulia pergi lah pergi lah pergi lah pergi lah'



Penceramah itu sangat bagus. Penceramah itu pandai buat aku menangis, Kjujur aku menagis waktu itu. Teresak-esak didepan ibu aku. Sungguh malu teramat sangat.
Tanpa membuang masa aku menuju ke arah ibu dengan menutup muka yang telah bertakung air didalam matanya. Malu, ye malu sangat. Aku nampak. Mata ibu merah. Itu tandanya ibu pun menagis juga.
Aku peluk ibu erat. Malu bila dipandang oleh orang ramai. Malu dengan kawan aku. Malu dengan semua cikgu. Malu dengan semua semualah.

No comments: